Muhasabah Diri



Hari ini,sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa-apapun untuk dimakan. Sebelum kita mengeluh tidak mempunyai apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan. Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan pula tentang seseorang yang berada dalam keadaan terburuk dalam hidupnya. Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri kita, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan supaya diberikan teman hidup . Hari ini, sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu awal dan cepat. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, fikirkan tentang seseorang yang sangat menginginkan anak tetapi dirinya mandul. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu rumah tidak menjalankan tugasnya, fikirkan tentang seseorang yang tinggal dijalanan dan tidak mempunyai rumah. Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak melakukan berdosa. Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan kerana kita masih hidup.

Bekunya air mata kerana kerasnya hati, kerasnya hati kerana banyaknya dosa, banyaknya dosa kerana lupakan mati, lupanya mati kerana cintakan dunia. Perasaan hasad, dengki, ujub dan riya’ adalah perasaan kotor yang ada dalam hati manusia kecuali Rasulullah S.A.W. yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Isra’ fan Mikraj. Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama manusia :

1) Jika kita bertemu dengan seseorang, maka yakinilah dia lebih baik dari kamu. Ucapkanlah dalam hatimu : “ mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

2) Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu : “ anak ini belum membuat maksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak membuat maksiat kepada Allah. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.

3) Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah dalam hati : “ dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku”.

4) Jika bertemu dengan orang yang berilmu, maka ucapkanlah : “ orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia jauh lebih baik dariku”.

5) Jika bertemu dengan seseorang yang bodoh, maka katakanlah : “ orang ini membuat maksiat kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku membuat maksiat kepada Allah, padahal aku mengetahui akibatnya, dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku”.

6) Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah : “ aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin diakhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh dan mungkin boleh jadi diakhir usiaku, diriku kufur dan berbuat buruk. Subhanallah...


Sama-samalah ambil peringatan... (^_^)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.